Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 7

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 telah diadakan pada 23 Februari 2013. Majlis gemilang ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Khairy Jamaluddin Abu Bakar iaitu Ahli Parlimen DUN Rembau. Majlis juga turut dimeriahkan dengan persembahan pelajar dan acara cabutan bertuah bagi penjaga dan guru-guru yang hadir. Agenda mesyuarat diteruskan dengan membincangkan dan meluluskan beberapa usul serta melantik AJK PIBG bagi sesi baru. Jamuan makan tengah hari turut disediakan bagi mereka yang hadir dan bersurai pada jam 2 petang.Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang terlibat dan ibu bapa yang sudi hadir.

LDP SIRI KE 2/2013

LDP siri ke 2 tahun 2013 telah diadakan pada 16 Februari (Sabtu) bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang. LDP pada kali ini bertajuk 'PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN" telah disampaikan oleh Penolong Pegawai PPD Tampin iaitu En. Mohd Ridwan bin Idris. Majlis ilmu ini telah berlangsung dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan dan guru-guru yang turut hadir.

PROGRAM MALAYSIAKU INDAH

Program Malaysiaku Indah telah dilancarkan pada 3 Februari 2013. Antara aktiviti yang dijalankan ialah penanaman pokok dan gotong-royong mengindahkan kawasan sekolah.Taniah kepada warga guru dan pelajar yang telah menjayakan program ini.

MAJLIS JALINAN MESRA 2013

Majlis Jalinan Mesra peringkat sekolah telah diadakan pada 2 Februari 2013 (Sabtu) di Dewan Nur Bai'ah SMKSJ2. Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan lancar dengan kehadiran pelajar dan penjaga sejak awal pagi dan berakhir pada pukul 11 pagi. Terima kasih di ucapkan kepada semua guru yang terlibat dan penjaga yang telah sudi hadir.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013

Sempena memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad SAW, Panitia Pendidikan Agama Islam SEJAYA 2 telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang dilangsungkan pada 1 Februari 2013 di Dewan Nur Bai'ah SMKSJ2 yang dirasmikan oleh Tuan Mohd Radzi Bin Abd Wahab (Pengetua SMKSJ2). Majlis juga turut dimeriahkan lagi dengan perarakan guru-guru dan para pelajar mengelilingi kawasan sekolah.