Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Merentas Desa Daerah Seremban

Majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta dan pemenang kejohanan merentas desa peringkat Daerah Seremban telah diadakan pada 30 Januari 2015 di perhimpunan pagi. Beberapa orang wakil SMKSJ2 telah berjaya melayakkan diri ke peringkat Negeri. Tahniah diucapkan kepada guru dan pelajar yang terlibat.

Mesyuarat Agong Unit Kokurikulum 2015

Mesyuarat Agong Unit Kokurikulum 2015 telah dilaksanakan pada jam 1.30 petang dengan lancar.

Program Guru Penyayang

Program ini telah dilaksanakan di Dataran Perhimpunan Pagi pada 20 Januari 2015.Selamat Hari Lahir diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang lahir pada bulan Januari.

Majlis Pelancaran Program Merit Dimerit dan Penganugerahan Pelajar Mithali

Program anjuran Unit HEM ini telah diadakan di Dewan Nur Bai'ah  pada 19 Januari 2015 bermula jam 8 pagi.

Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia

Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia telah dilaksanakan pada 15 Januari 2015 bermula jam 1.30 sehingga 4.30 petang di Dewan Nur Bai'ah SMK Seremban Jaya 2.

Ceramah Maulidur Rasul & Motivasi Awal Persekolahan

Ceramah sempena Maulidur Rasul dan motivasi awal persekolahan telah diadakan di Dewan NurBai'ah pada 15 Januari 2015 yang disampaikan oleh Juara Pencetus Ummah musim kedua iaitu Ustaz Azman Syah Bin Alias. Tahniah kepada panitia Pendidikan Islam yang berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya.

Sesi persekolahan 2015

Sesi persekolahan 2015 akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin) ini. Diharapkan seluruh warga sejaya akan terus mengorak langkah yang lebih cermelang pada tahun ini. Selamat kembali ke sekolah!!:)