Skip to main content

Pengenalan



VISI

Sekolah unggul penjana generasi terbilang.



MISI

Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.



MOTO

"Kami Cemerlang"



LAGU SEKOLAH

SMK Seremban Jaya Dua
Menuju Jaya
Mengikut gerak langkah maju
Berganding bahu

Wahai pelajar putra putri
Ayuh berbakti
Jadi insan yang disegani
Mari berdikari

Warga Seremban Jaya Dua
Berjanji setia
Jadi warga yang berguna
Pada nusa dan bangsa

Marilah kita berusaha
Mengejar cita
Jadikan amalan mulia
Budaya kita


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya 2 telah dibuka pada 3 Januari 2007 dengan menumpang premis di SMK Seremban Jaya. Warga sekolah ketika itu terdiri daripada 1 Pengetua, 3 Penolong Kanan, 14 guru, 3 staf sokongan dan 218 orang pelajar. 

Pada 10 November 2011, SMK Seremban Jaya 2  dengan bilangan pelajar seramai 559 orang (tingkatan 1 hingga tingkatan 3) telah berpindah ke premis baru yang terletak di pinggir bandar Seremban dan merupakan sekolah model baru. Walaupun dikategorikan sebagai sekolah Gred B dengan 6 blok bangunan dan 24 buah bilik darjah tetapi ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan. 

Pada tahun 2012 bilangan pelajar telah bertambah kepada 811 orang (tingkatan 1 hingga tingkatan 4) dengan 48 guru dan 8 staf sokongan.

Pada tahun 2013 sekolah ini telah lengkap mempunyai pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 berjumlah 1080 orang pelajar dan merupakan tahun pertama mempunyai calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Senarai Pengetua:
2007 - 2010 : Pn. Hjh. Fadhilah Bt Ahmad
2010 - 2012 : Pn. Hjh. Raja Hasmiah Bt Raja Sirajudin
2012 - 2014 : Tuan Mohamad Radzi Bin Hj. Abd Wahab
2014 - 2018 : Hajah Ipun Binti Shamsudin


Comments

Popular posts from this blog

Program Guru Muda Biologi

Bertempat di Sekolah Dato' Abdul Razak, telah berlangsung program Guru Muda Biologi anjuran bersama Panitia Biologi SMKSJ2 dan SDAR. Beberapa orang pelajar SDAR terpilih untuk menjadi guru muda bagi membantu 19 orang pelajar 5 Ibnu Sina dalam subjek Biologi. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telibat.

Majlis Pelancaran Briged Bestari Dan Pelantikan Skuad FROG VLE Tahun 2018

Pada 23 Julai 2013 telah berlangsung Majlis Pelancaran Briged Bestari dan pelantikan Skuad Frog VLE tahun 2018 bertempat di Dewan Nur Baiah. Seramai 23 orang ahli Briged Bestari dan 53 orang Skuad Frog VLE (2 orang pelajar dari setiap kelas) telah menerima watikah perlantikan. Diharap agar perlantikan ini dapat memberikan impak dari segi pembudayaan ICT dalam kalangan warga sekolah.

Program Perkampungan Ilmu SPM siri 1/2018

Program Perkampungan Ilmu  SPM siri 1/2018 telah berlangsung pada 13 hingga 15 Julai yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 5. Sebanyak 6 Panitia telah terlibat iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Kimia, Matematik dan  Sejarah. Semoga calon-calon SPM 2018 beroleh kejayaan yang cemerlang.