Khamis, 30 Oktober 2014

Majlis Rantaian Kasih Tuan Haji Norazam


Pada 29 oktober 2014, SMK Seremban Jaya 2 telah mengadakan majlis perpisahan untuk penolong kanan pentadbiran dan akademik yang akan berikhidmat di SMK Bandar Baru Serting setelah dinaikkan pangkat menjadi pengetua disekolah itu. Pihak sekolah sungguh berduka cita kerana SMK Seremban Jaya 2 akan kehilangan seorang penolong kanan yang amat tegas,berdedikasi dan bertanggungjawab demi membangunkan sekolah. Banyak jasa yang telah beliau taburkan kepada sekolah ini . Antaranya, beliau telah mengwujudkan makmal ICT yang kini lengkap dengan kemudahan seperti Chromebook. Walaupun beliau seorang penolong kanan pentadbiran dan akademik, beliau sangat mengambil berat tentang perihal yang berlaku disekolah. Hakikatnya beliau tidak dapat lagi berikhidmat disekolah ini demi meneruskan tanggungjawabnya sebagai warga pendidik. Meskipun beliau telah meninggalkan sekolah ini, namun semangat beliau tetap berada disini sampai bila-bila. Terima kasih atas segala-galanya. Jasa akan dikenang.

Ahad, 21 Julai 2013

Perasmian bulan kemerdekaan 2013

Pelancaran bulan kemerdekaan 2013 telah berlangsung di dewan nur baiah pada pagi ini dan dirasmikan oleh tuan pengetua.

Sabtu, 18 Mei 2013

LDP SIRI KE 6/2013





LDP  siri ke 6/2013 telah diadakan pada 18 Mei 2013(Sabtu) di Bilik Gerakan SEJAYA2. Tema LDP pada kali ini ialah "Pengurusan Sumber Tenaga Manusia Berkualiti Paksi Kerjaya Cemerlang" telah disampaikan oleh Yg. Berbahagia Dato' Hj. Azam Bin Hj. Md. Atan (Mantan Pengetua Cemerlang Jusa C) dan En. Kamarulzaman Bin Hj. Hasanuddin (Pengetua Cemerlang SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas). Sesi LDP yang bermula seawal 8.30 pagi dan tamat pada pukul 2 petang ini telah dihadiri oleh semua guru dan staf sokongan SEJAYA 2. LDP kali ini yang berbentuk 'team building'telah diisi dengan pelbagai aktiviti kumpulan yang menarik dan bermanfaat. Diharap program ini akan memperkukuhkan lagi ikatan silaturrahim seluruh warga kerja SEJAYA2 untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.Pihak pengurusan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada peserta2 program yang hadir.

Khamis, 16 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU


Pihak pengurusan sekolah mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik khasnya guru-guru SEJAYA 2. Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah ditaburkan kepada sekolah dan para pelajar demi memastikan anak-anak kita akan terus menjadi insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Diharapkan guru-guru akan terus bersemangat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang digalas seiring tema hari guru tahun ini iaitu GURU MALAYSIA: SATU ASPIRASI, SATU AGENDA.

Jumaat, 10 Mei 2013

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013


Peperiksaan pertengahan akan bermula pada 13 Mei 2013 bagi pelajar-pelajar menengah atas,manakala menengah rendah pada 16 Mei 2013.Kepada semua calon peperiksaan..diharapkan anda telah membuat persediaan rapi untuk menduduki peperiksaan dan selamat maju jaya.

Selasa, 30 April 2013

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2013


Bidang Sains dan Matematik telah mengadakan Minggu Sains dan Matematik peringkat sekolah pada 29 April sehingga 3 Mei 2013 dengan tema 'Kitar semula'. Majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua pada 29 Mei 2013 itu dimulakan dengan gimik pelancaran ala-ala james bond oleh wakil pelajar diikuti dengan simbolik perasmian iaitu mengasingkan sampah mengikut kategori oleh Tuan Pengetua. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti Simple Magic oleh wakil pelajar. Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang minggu tersebut seperti Pertandingan mencipta lampu suluh, taman sains, kuiz dan sebagainya.Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan pelajar yang telah menjayakan program ini.

Selasa, 9 April 2013

PERLANTIKAN PENGAWAS PSS 2013


Bertempat di Dewan Nur Bai'ah, Majlis perlantikan Pengawas PSS 2013 telah diadakan pada 8 April 2013. Watikah perlantikan telah disampaikan oleh Pn. Siti Azlin Bt Abu Zarin (GPK Hem) kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Di harap dengan penyerahan watikah perlantikan ini, pengawas PSS yang dilantik akan menjalankan tugas dan amanah sebaik-baiknya.Tahniah daripada seluruh warga SEJAYA 2.