Skip to main content

Program Sains PT3 kolaborasi bersama SDAR

Pada 18 Julai 2018 bertempat di Dewan NurBaiah SMK Seremban Jaya 2 telah berlangsung Program Sains PT3 kolaborasi bersama SDAR anjuran Panitia Sains SMK Seremban Jaya 2. Seramai 44 orang pelajar SDAR telah hadir untuk berkongsi ilmu dan membantu 120 orang pelajar sekolah ini dalam subjek Sains. Setinggi-tinggi penghargaan buat warga SDAR atas kerjasama yang telah diberikan. Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Comments

Popular posts from this blog

Program Guru Muda Biologi

Bertempat di Sekolah Dato' Abdul Razak, telah berlangsung program Guru Muda Biologi anjuran bersama Panitia Biologi SMKSJ2 dan SDAR. Beberapa orang pelajar SDAR terpilih untuk menjadi guru muda bagi membantu 19 orang pelajar 5 Ibnu Sina dalam subjek Biologi. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telibat.

Program Perkampungan Ilmu SPM siri 1/2018

Program Perkampungan Ilmu  SPM siri 1/2018 telah berlangsung pada 13 hingga 15 Julai yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 5. Sebanyak 6 Panitia telah terlibat iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Kimia, Matematik dan  Sejarah. Semoga calon-calon SPM 2018 beroleh kejayaan yang cemerlang.

Majlis Pelancaran Briged Bestari Dan Pelantikan Skuad FROG VLE Tahun 2018

Pada 23 Julai 2013 telah berlangsung Majlis Pelancaran Briged Bestari dan pelantikan Skuad Frog VLE tahun 2018 bertempat di Dewan Nur Baiah. Seramai 23 orang ahli Briged Bestari dan 53 orang Skuad Frog VLE (2 orang pelajar dari setiap kelas) telah menerima watikah perlantikan. Diharap agar perlantikan ini dapat memberikan impak dari segi pembudayaan ICT dalam kalangan warga sekolah.