Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2013

Bidang Sains dan Matematik telah mengadakan Minggu Sains dan Matematik peringkat sekolah pada 29 April sehingga 3 Mei 2013 dengan tema 'Kitar semula'. Majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua pada 29 Mei 2013 itu dimulakan dengan gimik pelancaran ala-ala james bond oleh wakil pelajar diikuti dengan simbolik perasmian iaitu mengasingkan sampah mengikut kategori oleh Tuan Pengetua. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti Simple Magic oleh wakil pelajar. Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang minggu tersebut seperti Pertandingan mencipta lampu suluh, taman sains, kuiz dan sebagainya.Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan pelajar yang telah menjayakan program ini.

PERLANTIKAN PENGAWAS PSS 2013

Bertempat di Dewan Nur Bai'ah, Majlis perlantikan Pengawas PSS 2013 telah diadakan pada 8 April 2013. Watikah perlantikan telah disampaikan oleh Pn. Siti Azlin Bt Abu Zarin (GPK Hem) kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Di harap dengan penyerahan watikah perlantikan ini, pengawas PSS yang dilantik akan menjalankan tugas dan amanah sebaik-baiknya.Tahniah daripada seluruh warga SEJAYA 2.

SMKSJ 2 TEMPAT KETIGA KAWAD KAKI NGO

SMKSJ2 berjaya mendapat tempat ketiga dalam kawad kaki anjuran NGO yang diadakan pada 6 April 2013..tahniah kepada pelajar2 dan guru2 yang yang terlibat..semoga lebih cemerlang pada tahun hadapan dan seterusnya...